Webinar Cyber Security “Bahaya Serangan Malware”

6 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security “Bahaya Serangan Malware” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Webinar ini bertujuan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman malware yang boleh menjejaskan keselamatan peranti dan data peribadi. Melalui webinar ini, peserta didedahkan dengan jenis-jenis malware, cara serangan berlaku serta langkah pencegahan yang boleh diambil seperti penggunaan antivirus, mengelakkan pautan mencurigakan dan mengemaskini sistem secara berkala. Program ini membantu meningkatkan kesedaran keselamatan siber agar pengguna lebih berwaspada dan mampu melindungi diri daripada ancaman digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali